Pengasasan Bandaraya Quebec Samuel_de_Champlain

Pada 3 Julai 1608, Champlain mendarat di "titik Quebec", dan memulakan pengubuan kawasan itu dengan membina tiga buah bangunan dua-tingkat dan sebatang parit yang lebarnya 15 kaki (5 meter) di sekeliling kubu ini. "Titik Quebec" ini kemudian menjadi Bandaraya Quebec. Mengubui Bandaraya Quebec (dirujuknya sebagai "Habitasi") kemudian menjadi salah satu daripada keghairahan yang dilakukannya dari semasa ke semasa pada seumur hidupnya.

Musim sejuk yang pertama untuk para kolonis di sana adalah susah. Antara 28 orang yang tinggal di sana ketika itu, hanya lapan orang hidup, [2] dengan kebanyakan mereka mati kerana penyakit skurvi dan sebilangannya kerana penyakit cacar dan cuaca yang terlalu sejuk.